TERAPI RUQYAH JARAK JAUH LEWAT TELPON (PENGOBATAN SANTET, TENUNG, TELUH, SIHIR, GUNA-GUNA)

TERAPI RUQYAH JARAK JAUH LEWAT TELPON (PENGOBATAN SANTET, TENUNG, TELUH, SIHIR, GUNA-GUNA)
Saya Perdana Akhmad, S.Psi sebagai Founder Quranic Healing akan memberikan pelayanan Ruqyah Melalui Telpon khusus bagi umat muslim yang diserang oleh SIHIR, ILMU HITAM, PELET, SANTET, TELUH, GUNA GUNA, SERING KESURUPAN, TERKENA PENYAKIT YANG TIDAK TERDETEKSI DOKTER. Penjelasan lanjutan Klik Gambar !

KUPAS TUNTAS JIN SAKA (KETURUNAN)



Ana kupas dari beberapa penjelasan perawat ruqyah syar'iyyah dan info dari blog perawat islam di malaysia

PENJELASAN:

Apa itu SAKA..?
Saka adalah perkataan yang sangat ditakuti kini dalam masyarakat kita berbanding dengan perkataan pusaka. Saka lebih sinonim dengan adanya pertalian dengan makhluk halus jin dan syaitan. Saka yang asalnya daripada sebelah atas keturunan kita biasanya akan mengikuti anak cucu ataupun dengan lain perkataan berdamping dengan pewarisnya.

Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan.

Sebenarnya, apa saja jin atau jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan atau perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.

Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin atau nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb).

Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.

Jin-jin silat atau seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu. Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka.

Di zaman dahulu, masyarakat melayu kita gemar berdamping atau memelihara jin-jin untuk dijadikan sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, melakukan perubatan, persilatan dan sebagainya. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, sekiranya tidak ada seolah-olah ianya tidak lengkap. Di dalam Islam, kita disuruh berdoa dan mohon pertolongan dari Allah saw dan kita dilarang berdamping atau meminta pertolongan dari makhluk-makhluk halus. Mungkin pada masa dahulu, masyarakat melayu masih lagi daif berkenaan dengan perkara-perkara ini dan mereka membuat demikian disebabkan oleh budaya melayu lama. Umur jin lebih panjang daripada umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada “kontrak” atau perjanjian di antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang. Kaum jenis jin mempunyai satu ciri yang sungguh istimewa iaitu “taat setia” kepada tuannya. Kalau kita mengingati kembali cerita Nabi Sulaiman a.s, bagaimana kaum jin taat setia berkhidmat kepada Nabi Sulaiman sehinggalah mereka ternampak tongkat Nabi sulaiman a.s telah dimakan anai-anai baharulah mereka menyedari bahawa Nabi Sulaiman a.s telah mangkat dan baru mereka berhenti berkhidmat kepada Nabi Sulaiman a.s. Setelah tuan punya tadi meninggal dunia, jin itu akan mendampingi pula keturunannya atau warisnya sehingga berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dikeluarkan. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tidak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut dan bilangan jin dalam badan individu itu akan bertambah.

Umur jin lebih panjang drpd umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang (dinamakan buang saka). Setelah tuan punya tadi meninggal, jin itu akan mendampingi pula keturunannya sampailah entah berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut.

Antara jenis-jenis saka ialah,

1. Saka Harimau : Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh,
2. Saka Buaya : Mampu mengawal dan menjinakkan buaya,
3. Saka Ular : Mampu mengawal dan menjinakkan ular,
4. Saka Bomoh : Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. (Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.),
5. Saka Kuat atau Saka Penimbul : Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal,
6. Saka susuk : Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik dan
7. Saka Toyol : Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.

Dua bentuk Saka
1. Untuk saka yg disedari - biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dan sebagainya), yakin diri bahawa keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah lama meninggal dunia), membaca dan mengamal mentera-mentera tertentu ataupun lain-lain.

2. Untuk saka yang tidak disedari - tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit ganjil, atau mimpi yang menakutkan, dan kemudian dibawa berubat dan diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat gangguan saka.

Kita lihat pada masyarakat hari ini banyak kejadian yang tidak diingini telah berlaku dan akan berlaku jika tidak dihindarkan. Malah, ada juga terdapat bayi yang baru dilahirkan diganggu oleh jin-jin saka ini. Terdapat banyak kes-kes yang bayi selepas lahir, bayi kerap menangis tanpa sebab. Dari sudut perubatan moden, mungkin bayi ini ada masalah “colic” tapi selalunya didapati bayi-bayi ini menangis sebab ada benda-benda halus di dalam badan mereka. Anak kecil atau bayi yang baru lahir tidak pandai bercakap atau mengadu dan melalui tangisan sahajalah mereka dapat meluahkan perasaan mereka. Kalau orang dewasa merasa sakit sekiranya ada jin-jin dalam badan, inikan pula anak kecil yang baru lahir dapat menahan kesakitan apabila adanya jin dalam tubuh kecil itu. Sekiranya anak kecil itu tidak sakit mestilah dia tidak akan menangis kecuali bayi itu lapar atau pampers perlu diganti.

Terdapat juga kes-kes suami isteri yang telah bertahun-tahun berkahwin tetapi sukar untuk mendapat anak. Mereka puas mencuba rawatan moden di hospital untuk berlakunya persemaian tetapi masih juga gagal. Ada ramai kes-kes keguguran berlaku disebabkan oleh gangguan saka. Di dalam situasi demikian, besar kemungkinan jin-jin saka dalam badan isteri menggangu atau merosakan janin-janin di dalam rahim isteri. Oleh itu di sini saya ingin menjelaskan bahawa salah satu dari sebab mengapa sesetengah pasangan suami isteri sukar untuk mendapat zuriat adalah disebabkan gangguan saka.

Di antara simtom-simtom yang selalunya dirasa oleh pesakit yang ada gangguan saka adalah seperti berikut :-

1. Sakit anggota badan : bahagian pinggang dan tulang belakang, tengkuk dan leher, kepala, rahim, dan sebagainya.
2. Gangguan emosi dan perasaan : “moody” atau terjadi perasaan marah atau perasaan sedih tanpa sebab.
3. Gangguan pemikiran dan minda – fikiran rasa berserabut, “confused”, hilang keyakinan diri, “high anxiety”, susah nak fokus dan sebagainya.
4. Gangguan tidur : selalu mengantuk atau sukar untuk lena tidur.
5. Halusinasi atau gambaran-gambaran yang pelik-pelik dalam minda pesakit
6. Sesak nafas atau mengah
7. Letih badan dan tidak bermaya. Bahagian pinggang kebawah hingga ke kaki berasa lemah dan kadang kala berasa kebas.
8. Nafsu selalu terangsang atau lemah tenaga batin.

Simptom yang disebut di atas adalah kesan adanya jin-jin saka dalam badan pesakit. Bila jin-jin ini ada di dalam badan kita, selalunya mereka akan berada di celah-celah tulang belakang di mana terletaknya urat saraf atau di dalam otak kita.

Ini adalah dua tempat “kegemarannya” bila mereka berada di dalam badan kita. Kenapa mereka suka berada di tempat ini kerana di dalam badan manusia, otak dan tulang belakang adalah organ yang paling penting selain dari jantung manusia. Di sinilah mereka boleh menguasai pergerakan tubuh badan kita melalu urat saraf dan menguasai emosi, minda dan permikiran kita melalui otak kita.

Diantaranya lagi :

1) Kerap bermimpi menyusukan bayi.

2) Kerap bermimpi dikelilingi kanak-kanak.

3) Kerap bermimpi ada seseorang ingin memberi sesuatu didalam mimpi.

4) Boleh mengubat belajar melalui mimpi.

5) Boleh mengurut belajar melalui mimpi.

6) Boleh menelek sejarah/sifat seseorang.

7) Sering sakit lutut tanpa sebab klinikal.

8) Nyanyuk ketika usia tua.

9) Panas baran.

10) Kerap bermimpi rumah lama/rumah pusaka.

11) Kerap bermimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia.

12) Sakit anggota badan/pengsan bila menziarahi orang yang meninggal dunia.

13) Banyak penyakit genetik/ketumbuhan ganjil pada badan.

14) Mendakwa boleh melihat jin/makhluk halus.

Seorang pesakit (Pasien) yang mengalami sakit akibat Saka, pesakit tersebut kadang-kala tidak terfikir bahawa sakit-sakit yang dialami oleh mereka bertahun-tahun lamanya dan tidak sembuh-sembuh walaupun sudah mendapat rawatan moden adalah disebabkan oleh gangguan saka. Banyak kali pesakit datang ke klinik untuk berubat sakit-sakit sendi atau urat saraf, tetapi apabila dikenal pasti penyakit yang dialami sebenarnya adalah gangguan saka.

Untuk pengetahuan pembaca, gangguan saka adalah merupakan jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak disedari, dan biasanya melibatkan keturunan iaitu mempunyai pertalian darah yang sama. Kebanyakan daripada saka adalah dari keturunan sebelah keluarga bapa pesakit dan jarang sekali kami berjumpa saka yang berasal dari sebelah keluarga ibu pesakit. Kenapa ini berlaku adalah kerana pertalian darah dari bapa kepada anak-anak lebih kuat dari pertalian darah dari ibu kepada anak-anak.

Bukan semua anak-anak dalam keluarga itu boleh mewarisi saka keturunan dari keluarga itu. Jin–jin saka ini boleh memilih (“pick and choose”) anak-anak tuan mereka, untuk didampingi oleh mereka. Sukar untuk dijelaskan apakah kriteria-kriteria atau ciri-ciri yang ada pada anak-anak yang boleh membuat tubuh badan mereka ini senang didampingi oleh makhluk-makhluk halus ini. Tidak ada satu formula yang boleh kita guna pakai untuk meramal siapa antara ahli keluarga itu didampingi oleh jin-jin saka ini. Tidak semestinya anak yang sulung dalam keluarga itu atau hanya anak-anak lelaki sahaja yang selalu didampingi oleh jin-jin saka ini. Sehingga hari ini, kita masih belum memahami dengan jelas, bagaimana kaedah dan kriteria pemilihan ahli keluarga itu didampingi oleh jin-jin saka ini. Mungkin faktor-faktor seperti lemah semangat, kekuatan iman, kepercayaan kepada benda-benda khurafat seperti menyimpan senjata-senjata lama yang diwarisi dari keturunan mereka dan sebagainya.

Masyarakat Melayu pada zaman dahulu suka memelihara dan berdamping dengan jin-jin kerana mempercayai jin-jin yang didampingi tersebut boleh menjadi pembantu mereka dalam kerja-kerja seharian. Sebagai contoh, terdapat kisah orang-orang tua dahulu yang berpesan kepada anak isteri mereka bahawa akan ada makhluk halus yang menjaga rumah mereka sepanjang tempoh si suami atau ayah tersebut keluar ke laut atau hutan untuk mencari rezeki. Kadang-kala, mereka ini menuntut apa-apa ilmu yang disangka sebagai ilmu dunia ghaib tanpa mengetahui bahawa untuk menguasai ilmu tersebut, mereka akan didampingi oleh jin-jin yang dianugerahkan oleh tok guru mereka tanpa mereka sedari. Ilmu-ilmu tersebut seringkali melibatkan ilmu-ilmu seperti ilmu pendinding, amalan kebatinan, ilmu kecantikan seperti susuk, ilmu pelaris untuk memajukan perniagaan, ilmu untuk menundukkan kuasa seseorang, ilmu sihir pemisah atau sihir pengasih dan sebagainya.

Anak yang mewarisi saka tetapi tidak mengetahui syarat dan pantang larang ketika perjanjian dimeterai menyebabkan mereka tidak menunaikan perjanjian itu seperti tidak menyediakan makanan kepada jin menyebabkan makhluk itu akan mengganggu dan menyakiti mereka kerana marah.

Penjelasan saya Perdana Akhmad,S.Psi

Salah satu cara memutus hubungan perjanjian dengan Jin saka adalah dengan mengucapkan IKRAR PEMUTUS PERJANJIAN lalu dilanjutkan dengan Terapi Ruqyah Syar'iyyah.

Dalam beberapa kasus kadang peruqyah didatangi oleh pasien yang mengaku dirasuki jin dari kakeknya yang dahulunya merupakan dukun sakti yang jin itu dahulunya adalah khodam kakeknya yang telah meninggal, Ternyata semasa hidupnya Sang Kakek telah mengikat perjanjian dengan khodam jin yang biasanya diikat dengan mantra tertentu yang isinya berikrar bahwa setelah meninggal semua ilmunya akan selalu turun keanak cucunya hingga 7 turunan.

Masalahnya setelah sang kakek meninggal sang cucu yang terpilih sama sekali tidak ingin memilik khodam jin dan tidak ingin menjadi dukun seperti kakeknya.

Jenis jin “keturunan” (dalam bahasa Malaysia disebut jin saka) ini biasanya kesetiaannya sangat hebat dan tekatnya sangat kuat tidak mau keluar ketika kita ruqyah walaupun tubuh mereka terbakar bahkan sampai mati sekalipun hingga penyembuhannya memakan waktu yang lama.Admin sendiri sering menemui kasus adanya jin keturunan yang benar-benar keras kepala ga mau keluar walau sudah babak belur dibakar sampai matipun ga mau keluar!

Untuk mempermudah keluarnya jin keturunan ini sang ahli waris harus me-remove/mendelete program ikrar perjanjian leluhurnya dengan khodam jin yang ikrarnya berupa mantra tertentu yang harus di remove. Untuk meremove ikrar perjanjian tersebut pasien harus mengucap ikrar “pemutus perjanjian” dengan tegas dan sungguh-sungguh. Dalam bayak kasus setelah pasien mengucap ikrar ini seluruh khodam jin “keturunan” akan langsung “lepas” ikatan mantra yang telah membelenggu mereka dan mereka bisa kita keluarkan dengan mudah……

Kepada para peruqyah saya sarankan jika menemui kasus diatas segera menuntun pasien untuk mengucapkan ikrar pemutus perjanjian agar bisa memutus ikatan mantra yang membelit para khodam jin tersebut dari generasi ke generasi.

Bismillahirahhmanirahim
Ya Allah , sesungguhnya saya & mewakili keluarga saya dengan penuh
kesadaran & pertaubatan dgn ini mengikrarkan :
1. Memutuskan semua perjanjian atau ikatan yg kami atau orang sebelum
kami atau keluarga besar kami yang perjanjian itu pernah lakukan secara sadar atau tidak sadar dengan segolongan jin
2. Mengharamkan tubuh kami dr dimasuki atau dijadikan sebagai tempat
tinggal apapun juga jenis jin
3. Menegaskan bahawa kami hanya bergantung kepada perlindungan &
pertolongan Allah bukan kepada jin.

Ya Allah mulai dari saat ini :
Saya haramkan semua makanan saya,minuman saya,seluruh anggota tubuh saya
dari semua jin di dalam & di luar tubuh saya atau yang menggangu
saya,Sekiranya Ya AllahMereka makan , minum , jadikanlah Ya Allah semua pemberian & milikMu itu Ya Allah sebagai racun,Racun yg amat panas,Racun yg amat bisa,Racun yg membakar,Racun yg membunuh Semua jin-jin itu Ya Allah Dengan hak Lailahaillallah Muhamadurasulullah Amin 3x Ya Rabbal A’lamin .


Perhatian : ikrar ini bukan mantra ,ikrar bisa dibuat dan dikreasi sendiri menurut situasi dan kondisi pasien, tidak perlu dibarengi puasa atau merapal ikrar ribuan kali

Wallahu A'lam....
Tag : ARTIKEL RUQYAH
---

Suka artikel ini? bagikan

FacebookGoogle+ Twitter
0 Komentar untuk "KUPAS TUNTAS JIN SAKA (KETURUNAN)"

PELAYANAN RUQYAH EKSLUSIVE

PELAYANAN RUQYAH EKSLUSIVE
Melayani Panggilan Ruqyah seluruh Indonesia dan dunia. Penjelasan lanjutan klik gambar !

PONDOK REHABILITASI QURANIC HEALING

PONDOK REHABILITASI QURANIC HEALING
#TOP